Gambar besar tidak bermutu: Soalan:
From: MohdTJ <mtjmy@yahoo.com> To: Abd Raai Osman <raaios@pd.jaring.my> Date: Monday, June 19, 2000 12:48 PMSubject: Apa yang terbaik? En Raai, Saya sentiasa mengunakan filem ASA 100 saiz 135 untuk mengambil gambar potret. Bagaimana pun sekiranya gambar tersebut saya besarkan ke saiz 8R, hasilnya menjadi tidak bermutu iaitu dot yang terhasil terlalu besar dan gambar kelihatan pecah. Filem yang sebagaimanakah yang baik untuk mengambil gambar potret? Atau adakah filem khas untuk mengambil gambar potret? Apakah lensa juga memainkan peranan untuk menghasilkan gambar yang berkualiti? Sebagai makluman saya menggunakan lensa AF28-80mm. Terima kasih dengan penjelasan saudara.
Jawapan: Merakam foto potrek dengan menggunakan filem 135 ISO 100 sering kali menjadi masalah. Kesan yang saudara maksudkan ialah grain iaitu kesan berbiji-biji sekiranya foto itu dibesarkan ke ukuran 8R (8x10) atau lebih besar. ISO 100 merupakan ISO yang paling rendah terdapat dipasaran runcit. Malah sudah ada percubaan syarikat filem untuk memperkenalkan ISO 200 kepada para amatur. Sedangkan sebelum ini ISO 200 tidak dikenali oleh orang biasa. Tujuan asal ISO 200 hanya ditujukan untuk pengguna kamera astamatik. Saya bersetuju jika anda menggunakan ISO 100 untuk foto potrek, namun kesan grainnya tetap wujud dan beberapa langkah boleh dicuba.
Sebenarnya ada cara lain untuk menghasilkan foto potrek yang paling bermutu. Jika anda boleh memperolehi filem ISO 25 dari jenama Kodak adalah yang terbaik. Tapi untuk memperolehi filem jenis ini anda perlu menghubungi pembekalnya dan membuat Special Order Penggunaan filem 120 adalah yang terbaik. Oleh kerana filem 120 berfomat luas, hasil cetakkannya kemas dan kesan tone warnanya menarik. Malahan ada studio yang mampu menggunakan teknik touch-up untuk membaiki hasil foto mereka. Namun jika ada kemampuan apa salahnya mencuba. Tapi kamera yang digunakan adalah berformat besar. Antaranya Sinar, Hasselblad, Mamiya (sekadar contoh). Hasil dari kerja kamera ini menarik. Anda juga boleh mencuba menggunakan filem slaid dan hasilnya anda print terus tanpa menyalin. Foto dari slaid itu terus dicetak. Tapi anda harus menanggung kos yang tinggi untuk kerja-kerja begini. Perlu juga diberi petua, kesan grain ada kala boleh mencantikkan foto anda jika kena caranya. Umpamanya jika mengambil foto anak gadis sekurang kurangnya kesan grain akan melindungi parut!
|